Sunday 9 December 2012

AIR untuk Badan Manusia....

Kepentingan Air untuk manusia.. 


Assalamualaikum..^___^

1. Air membentuk kira-kira 55-57% daripada berat badan.

2.Air mempunyai peranan penting dalam setiap fungsi utama badan.

3. Air melaraskan suhu badan disamping bawa nutrien dan oksigen ke sel serta menghapuskan sisa yg tidak diperlukan oleh badan

4. Kekurangan air punca utama keletihan diwaktu siang yg menyebabkan pernafasan jd pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.
 


5.Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air

6. Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yg diangkut oleh darah ke buah pinggang.

7. Air yg mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini daripada badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buanh pinggang untuk bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan dia oleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.

8. Air diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan 8-10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80peratus pesakit artritis.

9.Air menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan.

10. Air bersih boleh meransang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan rendahkan peluan mendapat jangkitan.

0 comments:

Post a Comment